Monday, 1 July 2013

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


  • Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina,iaitu piramid. Piramid ini merupakan pyramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Pembinaan piramid ini telah menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.



   Gambar Piramid Sakkara




  • Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep, seorang saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.). Beliau membina piramid ini untuk Firaun Djoser, iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Beliau juga merupakan seorang pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera.



  Gambar Imhotep




  • Sumbangan yang seterusnya ialah kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.




 

Pokok papyrus,banyak tumbuh di Lembah Nil. Orang Mesir Purba meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan sehingga dapat menulis di atasnya.






  • Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam system tulisannya,iaitu hieroglif. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.


Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar.Tulisan ini seterusnya berkembang ke tulisan hieratik,tulisan berangkai dan pada 700 S.M.,tulisan hieratik berkembang ke tulisan demotik.

Hieroglif

Hieratik

Demotik


  • Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.Mereka diberikan pendidikan sejak dari umur yang rendah.Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yangb sempurna dan terlatih.Ilmu geometri,matematik,dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian,pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.





  • Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan.Mereka mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.Kemajuan dalam bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Tahap keilmuan dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga hari ini.

 



Mayat yang dimumiakan
 Dokumen Perubatan Mesir Purba
-Buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman berzaman.

 



  • Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.Perkembangan ilmu matematik seperti algebra,geometri dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba  mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.Pemerintah Mesir Purba telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.semasa pemerintah Firaun Senuusret III ,beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10000hektar.Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan system kalensar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.


                                                        

No comments:

Post a Comment